Wednesday, March 3, 2010

cik afeera kembali~

assalamualaikum kawan2 semua....

first of all cik afeera nak minta maaf sebab dah lame sangat sangat sangat tak update blog ni.bukan cik afeera sengaja tanak update,tpi ader sedikit masalah teknikal yang tidak dapat cik afeera elak kan....

ok hari ni cik afeera kembali untuk seketika.untuk menjamu tatapan selera mata kawan-kawan cik afeera.jom cik afeera ceritakan apa yang berlaku disebalik "kehilangan" cik afeera selama beberapa bulan ini.

bulan november....

cik afeera sangat sangat sibuk sebab bulan terakhir sekolah.maklum larh selaku guru kelas,cik afeera bertanggungjawab untuk menyetelkan semua dokumen-dokumen yang diperlukan.nak pulak cik afeera pegang klas tingkatan 5.mane nak siapkan dokumen berenti sekolah lagi, nk mengajar lagi, mesyuarat panitia lagi..biasa lah tugas seorang guru sebelom menikmati percutian yang agak panjang.hehehe....pada bulan november ni jugak salah seorang student cik afeera telah pergi meninggalkan dunia yang indah ini.pelajar tingkatan 5.sedih jugak rasenya walaupon cik afeera kenal ngan dia xsampai setahun,tetapi pelbagai suka duka kami alami bersama.peristiwa yang cik afeera paling ingat,hari jumaat terakhir persekolahan,dia pakai bj melayu.ensem sangat sangat!!untuk pengetahuan kawan2,bdk y meninggal ni,kaum china....


disember....

ok bulan 12 ni bulan bercuti panjang untuk kitorang semua.hehehe.memang best.tapi dalam waktu yang sama,hati tetap kerisauan yang tak terucap.maklum lah,31 disember tarikh tamat kontrak.tapi alhamdulillah...30 disember PPD tepon suh pergi lapor diri kat SMK BUKIT DAMAR.maknanya,kontrak cik afeera telah disambung kembali.sebelum tu,pada 15 dis,cik afeera dapat surat panggilan temuduga.temuduga pada 22 dis di SMK INDERA MAHKOTA 2,kuantan.alhamdulillah cik afeera terpilih untuk menghadiri temuduga ini.rasa kesyukuran tersemat di hati.sesi temuduga berjalan lancar walaupun cik afeera terpaksa tunggu 8 jam untuk memasuki bilik temuduga tu.cik afeera calon ke-25 untuk bilik ke-3.1 bilik temuduga,ade 28 calon.penat menunggu.harap2 ada feedback yang positif dari kementerian pelajaran.balik dari temuduga,tepat jam 8.20 mlm,di jalan maran-temerloh,cik afeera bersama umi n abuyah, terlanggar kereta kancil yang datang laju dari hadapan.eksiden kali ke-2 di jalan maran-temerloh dlm masa tak sampai 10 tahun :-) alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan kecuali kerosakan kereta yang sampai ari ni tak siap dibaiki lagi.

/*ramai juga kawan2 cik afeera mendirikan rumah tangga pada bulan 12 ni*/


januari......

selamat tahun baru!!semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lepas....mula mengajar di sekolah baru.tapi 2minggu jer.lepas tu ditukarkan ke sekolah lain.SMK SERI SEMANTAN.alasan utama berlebihan guru walaopon sebenarnyer sekolah tu tak cukup guru.tak kesah la...yang penting cik afeera dapat sambung kontrak :-)

tak banyak mende yang berlaku di bulan satu ni...tapi biasa la....btukar tmpt kerja,maknenyer bertukar suasana kerja n jumpe kawan2 baru yang pelbagai ragam dan tabiat :-) kene sesuaikan diri di tempat baru.tu yang tak leh nak update blog tu...hehe


februari...

6 feb akak cik afeera bertunang dengan rakan sekolah dia.dalam diam,tetiba laki tu hantar rombongan.TAHNIAH LONG!!MUDAH2AN CEPAT CKET KAWEN...XSABAR NAK DPT TITLE AUNTIE NI....hehehe....

lepas tu,cik afeera dapat surat lain..surat yang bakal menukarkan cik afeera ke SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BAHAMAN.n now cik afeera kat SMK Datuk Bahaman,Lanchang...


alamak!!cik afeera terpaksa pergi ni...ader urusan....lagipun dah ramai cikgu2 yang menjeling cik afeera...hahahaha....jeles lar tu orang tadek klas :P k bye semua.....nnti cik afeera tulis lagi yer......

sebelum tu....TAHNIAH KAK OLYN!!DH NAK KAWEN AKAK EK...SORI SANGAT3 TAK LEH G.....DARAH MANIS,UMI XBAGI KLUAR JENJALAN....HAHAHAHA